Manja Lara

Sis 1 says: On Saturday nights, I watch this Malay TV series called Manja lara.. my cuz is also an ardent fan of this drama series...
Drama ini membuatkan saya 'terlekat' di kaca televisyen sehingga pukul 11 malam kerana jalan cerita yang penuh suspen dan dramatik. Ibu membenarkan saya menontonnya kerana kelas madrasah saya bermula pukul 11 pagi esoknya.... he he he
Telenovela Manjalara ialah mengenai seorang gadis gemuk yang bersusah-payah meraih perhatian yang positif gara-gara saiz badannya. Ada orang yang ingin mendekati Manjalara dan menunjukkan rasa prihatin kepadanya kerana ketabahannya menempuh segala kepayahan hingga sanggup mengubah dirinya demi cita-cita.
Sinopsis Drama Manjalara: Manjalara adalah anak kepada pasangan Kamarul dan Marisa . Ibu Manja, Marisa, seorang penyanyi dan pelakon terkenal yang berharta. Pada suatu hari, keluarga Manjalara dikejutkan dengan berita kehilangan Marisa sehingga abang kandung Marisa dan isterinya, Sahara mengambil keputusan tinggal di rumahnya. Bagaimanapun setelah Marisa dijumpai semula dan ingin kembali ke pangkuan keluarga, Sahara bimbang Marisa akan mengambil semula hartanya. Untuk menghalang semua itu berlaku, Sahara membunuh Marisa pada hari pertama dia pulang. Tanpa pengetahuan Sahara, segala peninggalan harta sudah diwasiatkan ke atas nama Manjalara dan dia akan memiliki segalanya apabila berusia 18 tahun. Pelbagai taktik dilakukan Sahara untuk memastikan Manjalara yang kini berusia 17 tahun tidak memperoleh harta peninggalan ibunya.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home